Tiunggurls.blogspot.com

Tiunggurls.blogspot.com

Saturday, March 10, 2012

SepetangKu!

Hari nie,disebabkan tahap kebosananku dah High blood dewa punya tahap,maka aku pun mengambil keputusan ke rumah sahabat babatku seorang nie.......so???apa yang diborakkan????pasal kemunculan anak kami tak lama lagi,InsyaAllah,doakan kejayaan kami yer....


Hasil lepakings nie membawa kepada satu Project Planning!

Bukti usah2 fb orang..mengorat lettewww...

sebab apa ada penghadang benda tu???motif??

 motiff???TAK MANDI GENAP SEHARI!buwekkkk!

tengok gurl yang baik,wangi gituuuu...orang belakang???sebab tu macam tu..

kemainnn ceria gurl depan tu kan?belakang??menutup kegembiran tak mandi sehari..

disebabkan kebusuhkan nya menusuk kalbu,buat-buat tak tahu ja la.

owh dah tak tahan bushuk sampai juling!

buat-buat tak tahu bushuk....

okeh tak tahu...dengan action baca magazine!

Thanks to mum Noura hidangkan air Nescafe susu dipetang indah nie,bersama Custard London..I love u Mum la Geng!




Dah berbuih berborak maka dah nak mahgrib,adikku datang mengambilku pulang sebab Running man dah nak start dah........hahahahahahahha


                                                 byeeeeeeeeee :) 

Friday, March 9, 2012

Bundle!

As-salam,
first time membawa family datang ke Bundle beramai-ramai & membeli beramai baju & seluar terpakai yang sangat murah!besa la dah Bundle la kan murah la,cuma dah terpakai la,so sebaiknya lepas beli terus cuci & rendam selam sehari kat sabun cuci kain & Downy,Tujuan???bersih tanpa kuman & kulat kain & jugak wangi,tak la berbau bundle yerrr.................

Bundle dia dibuka secara besar-besaran la kunon nya,selama seminggu ler kalau tak silop..hahahaha..yang ke bundle selalu ialah siapa lagi kan?sahyer ler & adik lelaki ku Ewan...naaa ambek engko ambek baju try pas tu ambek gambar,simpan balik,ambek lain baju pakai pas tu gambar pas tu gelakkkkk sampaii semua orang pelik,kenapa la bebudak nie ketawa kemainnnn,sekali tengok dah macam masuk Raja Lawak la pulak,habis semua ketawa tengok aku & adikku yang senget! okeh pas tu dah penat rehat kejap 10 minit....sambung balik cari baju,dah tak ada baju,okeh done,now cari seluar pulak...dah jumpa okeh "akak nak nie tulun bayarkan" pendek ceta aku ambek seluar & cardigan sepasang....adik aku???tak ada ambek apa-apa pun,last-last lapar yang dia bawa rumah..akak membawa pulang seluar,abah & mama Topi..hahahaha part Topi nie yang tak boleh blahhhh sunggoh,lawak tahap dewa!....husband akak aku cerita sedihnya pulak,saiz tak ada yang ngam kat dia...& adik su aku c maman bawa pulang baju & yang paling kemainn shopping adik perempuan aku yang sombong tu,baju 4 5 helai,seluar 2 3 helai kemainnnnn.....


Okeh bebeh layan part membawapulang  topi pelbagai guna.....apa tak kami menyalak ketawa...wahhh dah bunyi macam hanzen ja la.aiyoooo harommm harommm.....



hurmmm dah macam rupa seorang wanita!

mama,kalau mama duduk diam dengan ketawa secara ayu,tak adalah gambor nie senget lagu nie mum!

abah!buleh join kopratasa punya group pas nie!

nie macam nak travel ke negara Tibet!

dan akhirnya,naik keatas longgokan topi...

dahhhhhhhhh dahhhh perut dah kejang,moh ler kita balik umah!

:) 


 

Monday, February 27, 2012

Menjadi Diri Sendiri Dengan Segala Kekurangan Dan Kelebihan




Sangat suka dengan ini lagu,ala-ala macam lagu "cinta muka buku" kan.....tapi yang paling suka ialah muzik video dia sangat-sangat la simple...i like....lirik dia pun sangat bagus kan??

""Biar diri ini bisa-bisa aja,asalkan yang ada pada diri ini cuma yang benar saja"

Put me in u List bff!

As-salam,
hurmmm dah lama tidak melihat my blog!pasal itu la,follower tak ramai kan??tau tak per beb!hahahahaha....

I have ramaiiii gilerrr kawan,so have a kawan memang best kan???lagi-lagi kalau kawan itu is sahabat yang ketawa bersama,& nangis bersama kan?sangat-sangat la best!mana ada didunia nie yang tak ada kawan,tapi tidak ramai orang yang mempunyai sahabat!heheheehehe....kawan is,bila pergi mana-mana contohnya,ke majlis khawin,then,ada orang duk sebelah kita,then,mesti tak rasa selesa kan bila duduk bersebelah tanpa tengok,senyum & sapa kan?????semestinya anda seorang yang sombong,berlagak,bongkak,riak & angkuh!hambekkk engko!kalau tak pun pelikssss ciptaan Tuhan nie,seorang manusia yang dicipta tidak mempunya perasaan,ehhhh Haiwan pun ada perasaan jugak tau!so,semestinya la kan memberi sedikit fokus kepada orang sebelah,senyum & sapa! "assalamualaikum,hi!" sekurang-kurangnya kan???kalau si dia peramah go on bebeh that its you kawan,kalau tak peramah pun that its you kawan jugak!sebab dia dah memberi respon for you sapaan kan?membalas balik mata ke mata anda senyuman anda & sapaan anda...so aoutomatik dia dinamakan kawan!kalau tak memberi respon semestinya dia ciptaan paling pelik,Robot namanya tu,have no feeling!haiwan ka hape???so,bukan kawan namanya dah kalau Haiwan,that haiwan ternakan!muhehehehehehe......



Sahabat pulak,bila ambek balik kes kawan tadi,peramah gilerrr-gilerrr,orang gila pun tak macam dia,keluar bersama,lepak bersama,makan minum mandi bersama,owh tu besa kepada wanita-wanita,engko berus my belakang,I berus you belakang!,gumbira bersama & yang paling penting is susah senang bersama,dia ada kat tepi kiri kanan,depan belakang!that sahabat!namanya tu......



kawan sekurang-kurangnya,bila awak susah!dia just "owhhh kesian nya awak!tak apa harap-harap dapatla balik rambut awak yang gugur tu semula yerrr" kemainnnn harap-harap kan???dia harap ja,tak doakan saya pun....sahabat pulak, "owhhh tak apa awak jom kita ke salun nak tak??saya temankan awak,jangan risau I belanja!pas tu kita berdoa & tawakal dapat rambut yang kemainnnnn lebatnya!" see??????kemain baik siap belanja,sahabat dunia akhirat namanya tu!sahabat namanya!



Alhamdulillah saya ada lebih satu sahabat dalam hidup,syukur alhamdulillah,& alahamdulillah ramai seramainya kawan & teman dalam hidup ini,kawan baik,kawan jahat,kawan ambek kesempatan,kawan sesaja nak ngorat,kawan hipokrit,kawan saiko,kawan kawan kawan kawan & berbagai bagai jenis kawan dalam hidup saya,walaupon ia tak baik tapi syukur alhamdulillah mereka la yang mewarnai hidup saya dengan pelbagai kisah hidup,yang membawa erti kehidupan,memberi pengalaman & mengajar saya sebagai seorang Hamba Allah swt yang kerdil!wahhhhh kemainnn Motivasi diri.


so bebeh,don't shy shy meow meow la,just put me in you list bff,because saya adalah seorang kawan yang berkawan sebagai sahabat!maka kawan-kawan Don't Judge a Book By It's Cover la k!buka,baca sampai habis buku itu,so tahu la anda what book is are????dot dot dot....hahahahaha....sahabats ku I loVe uolss....yang dekat muah muah muah!yang jauh i send my big Hugsssssssss to uolss..hahahaha..kemainn gediksssss...



Bye.....

Friday, February 10, 2012

Khawin SUdah!A

As-salam,
Okeh,ketidaksabaran Sabtu ini,kenapa???sebab my BFF dah nak Khawin laaaa.....akhirnya,macam tak percaya ja kan???bak kata Siti Nurhaliza "percayalaaaaaaaa",dah khawin nanti,ikot dengan husband dia,berpindah ke Semananjung kat Pulau Pinang,sodihhhh la ceq,tinggal la aku dan Nourafini Ismail tu,tinggal dua sekawan.........sunyi ler nanti,dengan cnoura nie orangnya Busy kemainnnn tambah la lagi sedih+bosan hahahahaha jangan marah yerrrrr Cik Noura .


hurmmm seminggu yang lalu poning la mencari baju apa nak pakai sabtu nie,dah besok Timahhhh oii,tak tahu nak pakai baju apa ke Majlis cik Mini yang tak lama lagi dah jadi Puan Mini.....punya laaa kalut nak cari baju dengan cik Noura nie.......baju kemainnn banyak tapi rasa-rasanya bosan & dah tak chantek nak dipakai wahhhhhh.So,wahai la Ibu ku pun sibok la nak bagi Idea nak pakai baju apa??owh Ibu ku Idea Ibu sangat laaaa Baik & very clever idea la mama.Baju Arwah my Aunty 15 tahun yang dulu,akan aku pakai ke Majlis itu,wahhhhhh Kemainnn Engko Timah...Baju kurung itu,My Arwah Aunty yang punya,mama kata sekali ja Arwah pakai,baju tu my Uncle Bongsu yang belikan kat Singapore dulu.So,dah 15 tahun baju tu ditinggalkan dan dah berusia lebih 30 tahun la kot tambah start baju tu dibeli from my Uncle.wahhhhhh......kemainnn lama,tapi masalahnya baju tu Besar la,jahitan orang dulu-dulu,maksudnya,baju style orang dulu-dulu,yang kembang-kembang kat bahu....aiyakkkk,so my Visi & Misi ialah membawa baju tersebut ke kedai Jahit untuk Renovate...hari Selasa tu hantar,nak ambek hari nie,tak tahu la dah siap ka belom???kalau tak siap! tak dapat la nak pakai nanti,pakai kat Majlis orang laaaa.....aiyakkkk


Pung pang Pung Pangsssss,Besok lerrr miss ke Mem...



Awak dah jadi Wife,dah tak leh nak macam dulu lagi yer!




Husband Mini nie kawan kita jugak!satu sekolah tapi tak satu kelasss,dulu duk ngorat-ngorat dengan c Sharry nie,tup tup dah dapat & tak sangka nie la Jodohnya.......Alhamdulillah


Selamat Penggantin Baru wahai Kawan ku!ngeeeeeeeee.....


haaaaaaaaaa dulu time dorang bertunang,aku ada buat Entry pasal diorang nie ce lihat disini.



Baybay!...

Sunday, January 29, 2012

Super Junior Donghae & Eunhyuk_Oppa, Oppa_Music Video





As-salam,

my fav song,from my SJ....hahahaha..good jobs Shindong make this song!i like it bebeh!so tunggu apa lagi?lets go to Party!kemaiiiinnn hepi hepi lagi kan???tak ada,kalau dengar lagu nie kompom aku and adik aku maman choi tu dancer like a Boom punya tarian Monkey tu...haaaa tau tak tarian monkey tu??kompom korang tak tau kan?hahahahahaha....

okeh bebeh layanssss this lagu,Oppa Oppa(sambil tangan kat rambut)

Last Holidays in 2011

as-salam
nak dekat sebulan baru la aku nak upload last moments 2011....my family holidays after my akak mimi wedding,konon pas keletihan dari majlis itu,nak jenjalan la kan...hurmmm,bukan nak pergi mana pon,just daerah RANAU,SABAH!...& for u information,Ranau ialah dimana 5 orang adik beradik dibesarkan,yang lain dah besar kat kudat...so my kampung la jugak namanya itu kan?


huurmm,last 2011 in 29,30 & 31 kami kat Ranau....so layannnnnssss this pictures from my little camera! :)ngeeeeee.....


 Kundasang Mari!shopping mari jugak!nie menara kundasang kot,sesaja bagi nama,kalau nak tengok pemandangan naik lah kat menara nie.


 hati bagai nak dicucuk-cucuk time nak naik & turun tangga nie,tapi bila bergambor,smileeeee :) buat-buat tak takott pon.



 yang nie pon sama!



yang nie tak kot!cool!lagi la yang didukung tu...



dah nama hantu durian kan???singgah kejap,makan durian sampai poning!



this budak over active & over protection betul!hahahahaahah


 beli tiket nak masuk Hot Springs



 Datin Gediks!



 dah jadi beku budak nie!keluar-keluar dari kolam air panas automatik rasa sejuk!


 see this budak!ehhhhhhhh arggggg...



 kat sini tak leh masuk nak bermandi-manda,terbako kang badan!
nak rebus telur boleh aje!



nak puas mandi,lapo la pulak kan?Abah belikan Burger,
sodap burger kat Ranau nie.nasib baik ada wap panas,blur sikit bulu kaki!hahahahaha


 time nak balik,jumpa buah entah apa nama dia,lupa,
kemain jakun lagi Anak-anak Anams nie,macam jumpa emas permata



nak chek in kat resort nie,apa ka namanya pon,lupa!hahahaha
 

cantik pemandangan kat sini,sejuk,& yang penting
besok pagi dengan jelas gunung kinabalu ada kat depan mata



haaaa comel tak umah kat belakang tu,
tu kalau nak chek in kat sini,pergi la umah comel tu.


see....beautiful full full sesangat!


 mama and abah baru bangun kot!terserlah keletihan
in u face mom walaupon senyum alalalaa tomeh2..


 maman cakap "acik nak tencing ja!tejuk!"


 OMG!pembuli....


 yes balas balik!

 disebabkan over gumbira budak nie,
dah lewat malam tak reti ngatok!duduk menghadap TV.



Gud Nite :)



haaaa nie pepagi dalam jam 7.gunung dah nampak!musim hujan nie,kalau nak tengok gunung time pagi la bru nampak,petang memang tak nampak,kecuali la musim tak hujan!


 next station pulak,wahh macam LRT dah...kitaorg pegi cini DESA CATLE!


This girl falling in love dengan batu tu..dia kata unik!hurmm



selamat datang...& terima kasih kerana menziarahi kami(lembu) disini.



 macam duduk kat New Zeland


 Lembu nie adik saya panggil Audey sebab serupa denan fav cartoon dia.



 Abah dah suruh balik...aiyoyoyo...


 rasa nak masuk & sentuh lembu nie,agak-agak ok tak dorang nie??



 yeahuuuuu......maman muka terpaksa pose macam tu...



sebelom balik minum susu fresh dulu,beli bebanyak bawa balik umah,
3 hari ja dah habis diminum...



next station lagi,kat kundasang memorial nie,tempat peringatan askar2 british.


 kat sini tak ada apa pon,kalau nak tahu pasal sejarah boleh la datang kat sini.



kemian seronok dorang nie...




Banyak la pic tapi dah cukup-cukup la nie,nie pon dah banyak,tak sanggop nak upload semua,kang menci pulak korang membaca nya kan????so???tunggu Holiday 2012 kat mana??harap-harap la abah bawa keluar dari malaysia..muhahahahha..amin :)


okeh boboiiiii :)