Tiunggurls.blogspot.com

Tiunggurls.blogspot.com

Wednesday, March 6, 2013

Ruziah binti Anam mengupas sejarah yang Hilang kesultanan sulu.

salam,
Disebabkan  ramai yang ingin tahu siapakah dan apakah Kesultanan sulu ini,siapa berhak milik tanah ini sekaligus study asal usul tanah yang menjadi perebutan tak habis antara jiran sebelah dengan malaysia,maka budak rajin belajar ini,maka dia mencari maklumat dimana-mana sumber,dan disebabkan jugak kaum ini adalah kaum nya sendiri membuat dia lebih ingin mendalami lagi,Abah ku bagi maklumat tidak mencukupi hanya menceritakan sala sila keturunan kami,maka dengan itu dia pun mencari mencari dan mencari maklumat dari mana datangnya,wujudnya dan siapakah dia yang namanya kesultanan sulu ini.

Aku adalah kaum Suluk diSabah yang telah merdeka dan rakyat malaysia yang taat setia terhadap negara malaysia.Jika disuruh menentang mati-matian terhadap keadaan sekarang yang berlaku ini,aku sanggup demi negara,walaupun menentang mereka keturunan nenek moyang sendiri.tapi sebelum bermatian-matian itu kita sesama islam sesama keturunan kena bawa-bawa berbincang yer tak???

Baek la Murid-muridku kita study benda yang memang zaman ini semua tidak tahu,dulu aku gagal,menyesal tak study tapi benda yang diceritakan ini lebih mendalam dari yang kita belajar disekolah dulu,kiranya dulu belajar disekolah basic bah saja,yang nie aku telah mencari asal usul kesultanan sulu ini....


Kesultanan ini bermula bila SEORANG peranakan Arab Johor mengahwini seorang Puteri tempatan
atau Dayang di Sulu.Namanya SYED ABU BAKAR ABIRIN,lepas tu dia membuka pemerintahan nya.

Lebih kurang 100 tahun sebelum itu,ada seorang lelaki dari Minang,sumatera namanya RAJA BAGINDO
yg berdakwah kepada penduduk sulu iaitu KARIM AL-MAKDUM iaitu seorang pendakwah arab yang membawa
agama islam.RAJA BAGINDO pulak menyambung usaha ulama arab itu dan berjaya mengislamkan keseluruhan
orang Tausug iaitu orang Suluk la.

Minang dan Melayu ini macam adik beradik,maka ada satu pertalian misteri antara Melayu dan Tausug iaitu
dari budaya,bahasa dan macam2 lagi.

Pada masa ini sultan sulu berkuasa di sulu sahaja.manakala di Borneo,sultan Brunei berkuasa
tapi brunei ini menghadapi macam-macam masalah disebabkan Borneo ini luasa la sangat!
dan diborneo kan banyak suku kaum yang lain dan salah satu masalah jugak bila suku kaum tempatan menentang
brunei seperti Dayak,Iban dan lain2.ada kawasan yang mereka berjaya tundukan ada pulak kawasan yang
sekejap baik sekejap x ok.

Brunei dan sulu ini jugak ada jugak pertalian misteri adik beradik,contohnya ialah "Dayang",
ini jugak dipakai di sulu yang mana "Dayang" ini menunjukan darjat tertentu.bagi melayu
disemananjung pulak Dayang ini adalah Pelayan wanita elit yang bertugas didalam istana raja.ini menunjukan ketika
Emperium srivijaya ada satu 'clan' yang dilantik dikalangan Borni dan sulu sebelah kepulauan
Filipina dengan gelaran2 tertentu,contohnya 'Datu' dan 'Paduka' digunakan dan popular di sulu dan filipina
jugak gelaran Rajah dan Shariff,shariff pulak popular dalam masyarakat islam.
Awang pulak pangkal nama yang digunakan bagi lelaki di brunei dan budaya ini ada di Kelantan.

Berbalik kepada Kesultana sulu ini pulak,pada suatu ketika sultan brunei menghadapi satu pemberontakan dalam wilayahnya,
jadi sultan brunei ini minta saudaranya iaitu sultan sulu bantu dia.dan pemberontakan ini berjaya diatasi!
dan sebagai hadiahnya sultan brunei memberi Timur sabar pada sultan sulu ini dan ini la ALASAN yang dipakai oleh Macapagal dan Marcos
tuntut sabah dan sesetengah militan sulu.
pada masa itu Tanah adalah Matawang yang paling high demand la.

Pada zaman ke-19,sepanyol mula menyerang kesultanan sulu,dan akhirnya mereka mula membuat perjanjian damai padat tahun 1851
dan dalam perjanjian itu sultan sulu dipaksa mengakui kedaulatan sepanyol atas sulu.
Lepas tu banyak dan ramai la sultan-sultan ini lepaskan satu-satu wilayah kepada para penjajah ini.mula-mula mereka pajak tanah pada
ejen British iaitu DENT dan OVERBACK tahun 1903,iaitu sultan Jamalul Kiram bagi terus kepada company Borneo utara.
Tetapi benda yang sangat menyusahkan adalah sepanyol,tidak habis-habis kacau sulu samapai ada satu perjanjian
yang namanya Protokol Madrid yang semestinya mau tuntut seluruh kesultanan sulu diberi kepada sepanyol.

Lepas tu datang pulak Amerika ini dan berperang dengan sepanyol,akhirnya sepanyol kalah dan secara automatiknya
seluruh filipna dan sulu diorang la punya!

start dari itu kesultanan sulu ini terhapus,diorang ingat Amerika nie baik la dari csepanyol ini,rupa-rupanya
lagi kejam dari ganas!banyak pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh tentera amerika,dan pada masa ini
kerabat-kerabat sultan ini memang tiada khabar angin sudahhhhhh,hilangggg terusss entah kemana mereka lari diri dan mula la
keluar waris-waris yang kononya sultan sulu mengakui waris sah sultan sulu sehinggakan wakil kerabat sultan sulu pun mengaku sultan jugak!

Baik la murid2 tiunggulrs nie,kita menyentuh pasal tanah pulak,dulu Filipna menuntut sabah dari malaysia kan?tapi dia tak boleh tuntut sabah sebabnya
dulu mana ada negara Filipina ini.nak tahu pegi la tanya Kamaluddin,Alaudin dan Jamalul Kiram
nie siapa filipina???filipina wujud pada tahun 1898.filipina menuntut sabah melalui kesultanan sulu,padahal pernah kah sultan sulu duduk dibawah filipina?tidak
dan tak pernah!filipna tidak pernah perintah sultan sulu sebabnya kepulauan filipina termasuk sulu duduk dibawah sepanyol dan amerika
jadi filipina dan kesultanan sulu TIDAK ADA KAITAN!

okeh kita tinjau sejarah bagi kes pulau pinang bagi membezakan...
sultan kedah berhak menuntut pulau pinang sebabnya kesultanan kedah telah wujud sejak 1136 Masehi!perjanjian dengan Francis Light tu pun dengan sultan kedah,institusi yg sama,
bila malaysia merdeka dari british automatik british bagi balik kuasanya yg ada kepada malaysia,jadi segala perjanjian pelik raja-raja dulu terbatal!dia reset balik.ini beza dengan kes
filipina yang mana sign perjanjian dengan sepanyol atau amerika bukan 'sultan filipna'.so filipina nie macam tuntu tanah atas nama moyang orang lain laa...sultan kedah pulak berhak tuntut tanah
moyangnya dulu..

so kes sekarang nie 2013...kesultanan sulu tuntut dan ambil sabah memang TAK BOLEH Laaaa...sebab??sebabnya sabah diserah oleh sultan sulu pada penjajah dan lepas tu sabah memilih merdeka bersama Malaysia!

dan dalam kes kedah pulak,kedah boleh tuntut pulau pinang sebab?sebabnya perjanjian dah reset sejak merdeka,sultan kedah hanya bincang dengan malaysia sebab british serah tanah melayu pada malaysia.francis light???
pedulikan dan jangan takut,dia dah lama pergi dan tengah berurusan dengan alam barzah.
dalam kes sulu-sabah ini tiada situasi reset ini sebabnya bila sabah setuju merdeka dengan malaysia dia ada PERJANJIAN
baru.so k alau nak kena panggil balik la sepanyol dan amerika oh jangan lupa panggil sultan brunei jugak....jangan jak brunei pulak pas nie tuntut sabah!auzubillah...

Dalam kes batu putih contohnya,singapura tiada hak,sepatutnya kesultanan johor la yg berhak,singapura mau tuntut melalui apa???ingat yer singapura tak pernah jajah batu putih
sebabnya diri dia sendiri pun kena jajah oleh british....kena tanya british dia buat perjanjian dengan siapa???untuk tuntu pulau tu,opkos la sultan Johor!

so dalam sejarah ini kena main bola sepak or takraw laaa.....hahahaha...

Belajar sejarah dan mengetahuinya adalah bagus sebabnya nanti kita tidak ditipu hidup2 ataupun setlah mati!

Nasihat dari aku ialah kita bersatu yang namanya malaysia terkenal dengan bersatu dan lahirlah keamanan....jangan disebabkan nila setitik rosak susu semalaysia!suluk yang ada disabah sekarang jangan dihina,itu tidak bagus boleh mendatangkan kemarahan.....okeh!

apa-apa pun kita doakan untuk mereka yang jatuh dimedan perjuangan dan kita doakan sabah dan malaysia kembali aman damai!

Oh dan lagi satu,ramai sekarang yang salahkan kerajaan dam mereka yang bertangungjawab memikul pencerobohan ini!mereka marah kenapa lambat sangat bertindak menyebabkan pejuang-pejuang kita gugur!aku adalah salah seorang dari orang ramai yg menayalahkan Kerajaan tapi sekarang sudah faham kenapa kerjaan kita berbuat sedemikan iaitu tidak terburu-buru.....

Pada mula kes Lahad Datu ini diambil PDRM dan tidak bersama-sama dengan ATM....sebabnya malaysia mengkaji dahulu dengan membawa secara terperinci kepada wisma putra,dengan itu barula mengambil tindakan,dan disebabkan penceroboh ini tidak mengikut arahan untuk berundur dan menyebabkan kematian maka ATM sudah boleh masuk campur!kenapa ATM baru nak masuk campur???disebabkan Jika ATM masuk campur lebih kedepan dari PDRM maka malaysia mengiktiraf kesultanan sulu ini disabah dan ia jugak salah disisi kebangsaan.kalau nak tahu lebih lanjut study laaa pasal gunivea dan jenayah kebangsaan....







1 comment: